X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 06 Disember 2021

RM13 juta untuk Projek Penempatan Semula Nelayan Terengganu

Ahmad (lima dari kanan) bersama wakil setiap agensi yang menerima bantuan MAFI untuk diagihkan kepada penerima yang dikenal pasti ketika Program Misi Bantuan Pasca Banjir MAFI Prihatin 2021 di Pelabuhan Perikanan LKIM Chendering, Kuala Terengganu pada Sabtu.
A
A

KUALA TERENGGANU - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyediakan peruntukan sebanyak RM13 juta tahun ini untuk Projek Penempatan Semula Nelayan (PSN) negeri ini yang disalurkan menerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Timbalan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, peruntukan berkenaan merangkumi tiga kawasan iaitu Pulau Sekepeng, Kemaman, Seberang Penarik, Setiu dan Benting Lintang, Besut.

"Setiap kawasan ini masing-masing membabitkan sebanyak 50 buah rumah dengan peruntukan pembinaan setiap rumah RM3,500,000 dan RM2,500,000 kos infrastruktur," katanya pada sidang akhbar selepas Program Misi Bantuan Pasca Banjir MAFI Prihatin 2021 di Pelabuhan Perikanan LKIM Chendering di sini pada Sabtu.

Ahmad berkata, misi MAFI Prihatin yang dilancarkan di Wisma Tani, Putrajaya pada 21 Januari lalu melibatkan penghantaran bantuan keperluan makanan, barangan peralatan elektrik dan kelengkapan asas ke negeri yang terjejas banjir iaitu Pahang, Kelantan, Sabah, Johor dan Terengganu.

"Terengganu merupakan negeri kelima Misi MAFI Prihatin Banjir 2021 dengan menyasarkan nelayan, petani dan penternak yang terjejas banjir. Antara bantuan yang akan disampaikan ialah keperluan makanan, barangan peralatan elektrik dan kelengkapan asas.

"Seramai 500 penerima dalam kalangan peladang, penternak dan nelayan di pelbagai kawasan dikenal pasti untuk menerima bantuan MAFI Prihatin iaitu dari Kemaman, Kijal, Kemasik, Dungun, Hulu Terengganu, Setiu dan Besut.

"Program yang merupakan salah satu tanggungjawab sosial dan keprihatinan MAFI dan LKIM kepada golongan sasar turut menghulurkan sumbangan keperluan makanan seperti ikan segar beku (Q' Fish) kepada penerima yang diagihkan oleh LKIM," katanya.

Ahmad (tengah) menunjukkan tanda bagus ketika penyerahan bantuan peralatan elektrik kepada wakil sebelum diagihkan kepada penerima yang layak sempena Program Misi Bantuan Pasca Banjir MAFI Prihatin 2021 di Pelabuhan Perikanan LKIM Chendering, Kuala Terengganu pada Sabtu.
Ahmad (tengah) menunjukkan tanda bagus ketika penyerahan bantuan peralatan elektrik kepada wakil sebelum diagihkan kepada penerima yang layak sempena Program Misi Bantuan Pasca Banjir MAFI Prihatin 2021 di Pelabuhan Perikanan LKIM Chendering, Kuala Terengganu pada Sabtu.

Beliau turut menasihatkan kepada para nelayan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan langkah keselamatan semasa menjalankan tugas atau menangkap ikan di laut seperti sentiasa memakai jaket keselamatan dan menghubungi pihak berkuasa jika melihat jenayah di laut.

"Contoh jenayah kebiasaan berlaku di laut hari ini pencerobohan nelayan asing dan penyeludupan barangan terlarang dan pendatang asing tanpa izin (PATI).

"Saya juga berharap warga kerja MAFI terutama semasa bertugas di lapangan dan masyarakat nelayan untuk terus mengamalkan norma baharu seperti memakai pelitup muka dan penjarakan sosial dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)," katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata, sehingga kini sebanyak 135 buah pasar nelayan dibuka di negara ini dan sembilan daripada jumlah tersebut beroperasi negeri ini.

"Daripada jumlah pasar nelayan yang beroperasi ini melibatkan seramai 550 peserta keseluruhannya telah berjaya merekodkan jumlah jualan sebanyak RM45 juta sehingga November tahun lalu.

"Dengan pencapaian memberangsangkan ini, kami mensasarkan jualan pada tahun ini sehingga RM55 juta," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!