X

Kindly register in order to view this article
!

Bunuh isteri: Polis masih siasat motif cemburu

Ayob Khan (kanan) pada sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru pada Jumaat.
A
A

JOHOR BAHRU - Polis masih menyiasat motif cemburu yang menjadi punca kejadian seorang isteri ditembak mati oleh suaminya menggunakan senapang angin di rumah mereka di Taman Saujana, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan cemburu menjadi penyebab suami bertindak menembak isterinya di bahagian dada pada jarak dekat ketika sedang tidur.

"Kita akan lakukan siasatan dari pelbagai sudut. Kita masih siasat motif sebenar. Cuma cemburu ini ada macam-macam.

"Suami isteri, mungkin ada (cemburu) yang kita tak tahu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini pada Jumaat.

Ayob Khan berkata, proses bedah siasat ke atas mayat mangsa masih dilakukan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

"Tentang jumlah das tembakan yang dilepaskan pada suspek, polis belum dapat tentukannya kerana masih menunggu laporan bedah siasat," katanya.

Tular di media sosial, netizen berkongsi akaun Facebook mangsa selepas mayat mangsa ditemui pada Khamis.

Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih atas pemergian mangsa menerusi akaun Facebook mangsa.

Suspek dan mangsa telah mendirikan rumah tangga sejak lapan tahun lalu dan dikurniakan dua orang cahaya mata berusia tiga dan empat tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Angkara cemburu, suami tembak mati isteri


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!