X

Kindly register in order to view this article
!

TOA-BDQ lahirkan asatizah dalam komuniti AADK

A
A

SHAH ALAM - Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor julung kali menganjurkan program Training of Asatizah - Berinteraksi dengan Al-Quran (TOA-BDQ) secara online.

Turut bekerjasama, AADK Daerah Petaling, Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd, Masjid al-Islamiah Kampung Lindungan dan Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Petaling Jaya.

Ketua Operasi Bisnis WUIF, Maslinda Mohd Esak berkata, program TOA BDQ merupakan program yang dianjurkan di bawah Inisiatif Bersepadu Bagi Menangani Masalah Penyalahgunaan Dadah, Substan dan Pelencongan Sosial, AADK.

Maslinda yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Sinergi Ikhlas, program berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal ini sebagai inisiatif untuk menurunkan kadar jenayah dalam kalangan pelajar sekolah dan komuniti di kawasan yang telah dikenal pasti berisiko oleh pihak AADK

“TOA-BDQ yang dijalankan selama dua hari bermula 20 Februari 2021 dihadiri 38 peserta dalam kawasan Komuniti Iniasitif Bersepadu melalui aplikasi Zoom.

“Tujuan program ini adalah memperkasa peserta dengan teknik asas Tadabbur dan Tazakkur al-Quran agar mereka dapat kongsikan mesej al-Quran kepada keluarga dan komuniti,” katanya.

Tambah beliau, tiga program lagi di bawah projek Inisiatif Bersepadu iaitu “Dapur Berkat” yang menyasarkan penglibatan keluarga, “High Impact Solat” untuk remaja dan “#QuranHour” untuk semua komuniti kawasan Inisiatif Bersepadu.

“Apabila PKP tamat, kami bercadang untuk menyerahkan al-Quran wakaf dari ummah untuk ummah ke masjid, surau dan pusat komuniti di kawasan PJS 1-6 yang kita kenal pasti boleh kita Aktifkan Rumah Ngaji. Komuniti setempat boleh datang ke Rumah Ngaji untuk belajar al-Quran, melalui baca, faham dan amal terutama daripada para asatizah yang mengikuti di TOA- BDQ.

“Harapan kami, kerjasama dan program tersebut dapat membawa masyarakat untuk kembali menjadikan al-Quran sebagai manual dalam kehidupan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai ADDK Daerah Petaling, Mazlinna Kassim berkata di bawah program Inisiatif Bersepadu, pihak WUIF diberikan kepercayaan untuk menjalankan empat program bagi menyasarkan peserta dalam komuniti, keluarga dan remaja terutamanya di kawasan Petaling Jaya Selatan (PJS) 1 hingga 6.

“Program yang sepatutnya dijalankan secara bersemuka tetapi disebabkan kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maka pihak WUIF bersama Akademi Sinergi Ikhlas mengolah modul tersebut untuk disampaikan secara online.”

“Ketua Unit Latihan dan Pembangunan Akademi Sinergi Ikhlas, Ustaz Muhamad Harfiz Hamzah dan Jurulatih Mohd Jamil Abdul Wahab @ Coach Jamil diberi amanah untuk mengajar kaedah tadabbur dan tazakur serta BDQ kepada peserta.

“Kaedah Tadabbur & Tazakkur yang diajarkan adalah diperingkat asas bagi memudahkan orang awam berinteraksi dengan al-Quran melalui Baca, Faham dan Amal serta kongsikan.

“Selain dari latihan secara online di aplikasi Zoom, para peserta juga dikehendaki untuk menyiapkan tugasan secara bertulis dan dihantar kepada tenaga pengajar melalui Google Classroom untuk disemak. Alhamdulillah, peserta dapat mengikuti dengan baik modul yang disampaikan oleh jurulatih.”

Program TOA-BDQ diakhiri dengan ucapan penutup oleh Pengarah AADK Selangor, Dr Nazira Sadiron.

“Pihak AADK Selangor telah memberi geran kepada WUIF bagi menjayakan program dalam aspek spiritual. Diharapkan program ini dapat melahirkan lebih ramai asatizah kalangan klien AADK.

Kami berharap klien yang mengikuti TAO-BDQ dapat menjadikan al-Quran sebagai motivasi diri. Dengan membaca al-Quran, ia mampu melembutkan hati dan merawat jiwa untuk dekat dengan ALLAH,” jelasnya


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!