X

Kindly register in order to view this article
!

Pejuang fail permohonan semakan kehakiman

Amiruddin Hamzah
A
A

SHAH ALAM - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Penaja (JKP) Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah melalui satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, semakan itu dibuat melalui peguamnya.

Menurutnya, semakan kehakiman itu dibuat bagi mendapatkan perintah seperti deklarasi bahawa ketinggalan atau kegagalan responden pertama untuk membuat sebarang keputusan terhadap surat rayuan Parti Pejuang.

“Ia berkenaan penolakan pendaftaran oleh responden kedua telah melanggari kewajipan statutorinya di bawah Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966.

“Kemudian, deklarasi perlanggaran kewajipan statutori oleh responden pertama untuk membuat sebarang keputusan terhadap rayuan Parti Pejuang berkenaan penolakan pendaftaran oleh responden kedua, adalah bercanggah dengan pengharapan sah pemohon.

“Perkara tersebut tidak munasabah, berniat jahat serta merupakan satu bentuk percubaan untuk menafikan hak keperlembagaan pemohon untuk berpersatuan dan hak keperlembagaan Parti Pejuang untuk bertanding di dalam Pilihan Raya Umum menggunakan logonya sendiri,” katanya.

Tambah Amiruddin, semakan kehakiman juga dibuat bagi memohon perintah mandamus agar responden pertama memberikan keputusan terhadap rayuan parti berkenaan di bawah Seksyen 18(B) Akta Pertubuhan 1966 dalam tempoh tujuh hari dari tarikh Penghakiman.

Selain itu, perintah mandamus untuk memuktamadkan pendaftaran Parti Pejuang dalam tempoh tujuh hari dari tarikh Penghakiman.

“Permohonan ini disokong oleh Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh saya selaku Setiausaha Agung Jawatankuasa Penaja Pejuang dan tindakan ini difailkan serta diwakili oleh Tetuan Law Practice of Rafique.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!