X

Kindly register in order to view this article
!

MB Perak, 10 exco terima vaksin Covid-19

Saarani bersama 10 exco kerajaan negeri merupakan antara penerima awal vaksin Covid-19 di Perak.
A
A

IPOH - [DIKEMASKINI] Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad bersama 10 exco kerajaan negeri menerima suntikan vaksin Covid-19, Pfizer-BioNTech di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Stadium Indera Mulia, di sini pada Isnin.

Kesemua mereka termasuk di dalam senarai 222 individu terdiri daripada petugas di pejabat-pejabat kesihatan dan makmal kesihatan sekitar daerah Kinta yang menerima vaksin pada hari pertama Program Imunisasi Covid-19 di Perak.

Menurut Saarani, Perak telah menerima sebanyak 22,230 dos pertama bekalan vaksin untuk diberikan sepanjang pelaksanaan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 berdasarkan data Jabatan Kesihatan Negeri.

"Bagi tujuan itu, seramai 39,760 petugas barisan hadapan di Perak akan menerima suntikan vaksin pada fasa pertama program ini yang dijangka selesai pada penghujung April ini.

"Mereka terdiri daripada 22,094 petugas di bawah Kementerian Kesihatan manakala 17,666 lagi merupakan petugas barisan hadapan daripada jabatan lain yang turut terlibat secara langsung dalam aktiviti pencegahan dan kawalan Covid-19," katanya.

Jelas beliau, pemberian imunisasi fasa pertama tersebut meliputi PPV di klinik-klinik kesihatan, hospital dan dewan-dewan yang dikenal pasti di seluruh daerah di negeri ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!