Muhyiddin individu pertama terima vaksin Covid-19 di Malaysia

Muhyiddin terima suntikan vaksin Covid-19 menandakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, iaitu program vaksinasi terbesar di Malaysia bermula secara rasmi.
Muhyiddin terima suntikan vaksin Covid-19 menandakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, iaitu program vaksinasi terbesar di Malaysia bermula secara rasmi.
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama di negara ini menerima vaksin Pfizer-BioNTech dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bermula secara rasmi sebentar tadi.

Pelaksanaan program tiga fasa yang diawalkan dua hari berbanding jadual asal pada 26 Februari (Jumaat) itu bakal menyaksikan lebih 500,000 anggota barisan hadapan menerima vaksin tersebut untuk fasa pertama ini yang akan berlangsung hingga April depan.

Selain Muhyiddin, turut dijadualkan menerima vaksin itu pada petang ini ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta empat lagi warga kerja Kementerian Kesihatan.

No Image Caption

Dr Noor Hisham menjadi individu ketiga menerima suntikan vaksin Covid-19 iaitu pada 2.51 petang.

Mereka menerima vaksin tersebut di Klinik Kesihatan Presint 11, Putrajaya yang merupakan antara lebih 500 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang telah dikenal pasti di seluruh negara.

Muhyiddin menerima vaksin tersebut di Klinik Kesihatan Presint 11, Putrajaya yang merupakan antara lebih 500 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang telah dikenal pasti di seluruh negara.
Muhyiddin menerima vaksin tersebut di Klinik Kesihatan Presint 11, Putrajaya yang merupakan antara lebih 500 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang telah dikenal pasti di seluruh negara.

Pada Ahad lalu, sebanyak 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech dihantar ke negara ini dengan sebahagian diterbangkan ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, sementara sebahagian lagi ke Johor. Vaksin tersebut dibawa dari Singapura yang merupakan hab pengagihan vaksin Covid-19 ke negara-negara Asia Pasifik.

Artikel Berkaitan:

AKAN MENYUSUL