SweetLAB pemanis alternatif ganti gula putih

Rizq Fairuz menunjukkan produk-produk SweetLAB yang semakin mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna.
Rizq Fairuz menunjukkan produk-produk SweetLAB yang semakin mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna.
A
A
A

SHAH ALAM - DSJ Treasure Food Products Sdn Bhd dan Sugalution Sdn Bhd adalah Pengasas Bersama dan juga pengeluar pemanis alternatif, SweetLAB memperkenalkan produknya ke pasaran tempatan bagi memenuhi kehendak trend di kalangan pengguna yang memilih gaya hidup yang lebih sihat.

Pengasas Bersama, Datin Rizq Fairuz Mohd Ramli berkata, produk dihasilkan daripada ekstrak tebu melalui proses teknologi prioprietori dan menggabungkannya semula dengan unsur ‘fungsi pembawa rasa’.

Beliau berkata, SweetLAB merupakan produk pemanis yang rendah dan sifar kalori serta rasanya sebaik gula.

SweetLAB mempunyai empat produk iaitu SweetLAB S5 Granulated Sweetener, SweetLAB Zero Sugar Syrup, SweetLAB Zero Calorie Drop dan Nogula Caffe Arabica Coffee.
SweetLAB mempunyai empat produk iaitu SweetLAB S5 Granulated Sweetener, SweetLAB Zero Sugar Syrup, SweetLAB Zero Calorie Drop dan Nogula Caffe Arabica Coffee.

“Peningkatan penyakit disebabkan penggunaan gula putih berlebihan menyebabkan rakyat Malaysia berisiko diserang penyakit berbahaya.

“Produk makanan kesihatan yang kita hasilkan ini adalah alternatif untuk menggantikan gula putih.

“Memandangkan produk terbabit adalah 100 peratus bahan semula jadi, ia selamat diamalkan semua lapisan masyarakat termasuk penghidap diabetes,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, selain halal, produk SweetLAB mengikut piawaian yang ditetapkan Akta Makanan 1983.

Artikel Berkaitan:

“Kami berada di pasaran bukan untuk bersaing tetapi ingin memberikan pilihan terbaik kepada pengguna. Dengan pengganti gula ini, paling tidak mereka boleh menikmatinya tanpa rasa ragu dan was-was.

“Produk SweetLAB adalah pilihan yang tepat untuk menambah rasa manis pada makanan dan minuman pengguna. Terdapat banyak sebab selain pengurusan berat badan yang menjadikan SweetLAB sebagai bahagian penting dalam diet mereka.

“Produk kami boleh digunakan untuk pelbagai jenis makanan dan minuman serta perasa sebagai pengganti gula. Ini kerana pemanis yang sihat harus menjadi bahagian penting dari pengambilan harian kita, ia juga boleh didapati dan digunakan untuk produk penjagaan kesihatan,” katanya.

SweetLAB S5 Granulated Sweetener (400 gram) berharga RM22.
SweetLAB S5 Granulated Sweetener (400 gram) berharga RM22.

Menurut beliau, sejak berada di pasaran tahun lalu, SweetLAB semakin mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

“SweetLAB mempunyai empat produk iaitu SweetLAB S5 Granulated Sweetener, SweetLAB Zero Sugar Syrup, SweetLAB Zero Calorie Drop dan Nogula Caffe Arabica Coffee.

Nogula Caffe Arabica Coffee (20 uncang) berharga RM39.
Nogula Caffe Arabica Coffee (20 uncang) berharga RM39.

“Kesemua produk ini mempunyai kelebihan tersendiri malah rata-rata pengguna memberikan ‘feed back’ yang sangat bagus dan ia sesuai untuk semua lapisan umur termasuk kanak-kanak dan ibu mengandung,” katanya.

Dalam pada itu, Rizq Fairuz berkata, pengenalan produk itu bukan sahaja mendidik rakyat Malaysia ke arah gaya hidup sihat, malah mengajak mereka menjadi usahawan dengan menjana pendapatan sampingan.

SweetLAB Zero Sugar Syrup dijual dengan harga RM35.
SweetLAB Zero Sugar Syrup dijual dengan harga RM35.

“Syarikat mengalu-alukan mereka yang berminat meraih pendapatan tambahan dengan berdaftar sebagai ejen sah SweetLAB sekali gus merealisasikan matlamat kumpulan melahirkan lebih ramai usahawan tempatan.

“Kami juga mahu membantu mereka terjejas akibat pandemik Covid-19 menjana pendapatan sampingan,” katanya.

Harga bagi SweetLAB S5 Granulated Sweetener (400 gram) ialah RM22; SweetLAB Zero Sugar Syrup (500g) RM35; SweetLAB Zero Calorie Drop (25ml) RM39 manakala Nogula Caffe Arabica Coffee (20 uncang) RM39.

SweetLAB Zero Calorie Drop berharga RM39.
SweetLAB Zero Calorie Drop berharga RM39.