Parlimen, DUN perlu dibenarkan bersidang selepas terima vaksin

Shamsul (tiga dari kanan) bersama Afdlin Shauki (dua dari kanan) mengagihkan ayam beku peringkat Parlimen Wangsa Maju di Dewan Persatuan Penduduk Sri Langkawi Dua pada Sabtu.
Shamsul (tiga dari kanan) bersama Afdlin Shauki (dua dari kanan) mengagihkan ayam beku peringkat Parlimen Wangsa Maju di Dewan Persatuan Penduduk Sri Langkawi Dua pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) berharap Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh dibuka selepas ahli politik menerima vaksin Covid-19 fasa pertama.

Ketua Penerangannya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, ia seharusnya tidak dijadikan alasan mengapa sidang Parlimen dan DUN tidak dibuka selepas mereka diberikan vaksin.

“Kerana ada banyak isu rakyat boleh kita kemukakan dalam Dewan Rakyat.

“Kita tidak mempunyai tempat lain untuk menteri dan timbalan menteri memberikan jawapan apa yang telah mereka lakukan,” katanya pada sidang akhbar selepas mengagihkan ayam beku peringkat Parlimen Wangsa Maju di Dewan Persatuan Penduduk Sri Langkawi Dua pada Sabtu.

Hadir sama dalam pengagihan tersebut ialah selebriti, Datuk Afdlin Shauki Aksan.

Pada Selasa lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan ahli politik yang terdiri daripada ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut disenarai sebagai penerima vaksin Covid-19 fasa pertama.

Muhyiddin turut menyatakan negara ini akan menerima vaksin Pfizer-BioNTech pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Shamsul (kanan) bersama Afdlin Shauki pada sidang akhbar selepas mengagihkan ayam beku peringkat Parlimen Wangsa Maju di Dewan Persatuan Penduduk Sri Langkawi Dua pada Sabtu.
Shamsul (kanan) bersama Afdlin Shauki pada sidang akhbar selepas mengagihkan ayam beku peringkat Parlimen Wangsa Maju di Dewan Persatuan Penduduk Sri Langkawi Dua pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Shamsul berkata, ia akan menimbulkan pertikaian sekiranya Parlimen dan DUN tidak dibuka selepas mereka menerima vaksin.

“Kecuali Perdana Menteri merasakan ini merupakan tindakan menyelamatkan nyawa politiknya dan juga kerajaan yang kita anggap kerajaan minoriti pada hari ini,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai portal berita Malaysiakini didapati bersalah menghina mahkamah kerana menyiar komen pembaca, Shamsul berkata, ia akan menjadi cabaran selepas ini.

“Kes itu nanti akan menjadi kes rujukan kerana ia diputuskan di mahkamah paling tinggi.

“Jadi saya berharap akan ada kes yang lain untuk memperbetulkan atau menambah baik kes rujukan sedia ada,” katanya.