KPDN kejar penyeludup sejauh 10 km

Suspek yang memandu kereta jenis Proton Waja itu dikesan melakukan aktiviti penyeludupan kira-kira jam 1.02 petang.
Foto:KPDN
Suspek yang memandu kereta jenis Proton Waja itu dikesan melakukan aktiviti penyeludupan kira-kira jam 1.02 petang. Foto:KPDN
A
A
A

RANTAU PANJANG - Seorang penyeludup bertindak melarikan diri dengan meninggalkan 1.1 tan gula dan minyak masak peket di kawasan hutan berhampiran Kampung Tasek di sini pada Ahad selepas dikejar sejauh 10 kilometer oleh anggota penguat kuasa.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Aswady Jaafar berkata, suspek yang memandu kereta jenis Proton Waja itu dikesan melakukan aktiviti penyeludupan kira-kira jam 1.02 petang.

"Menyedari kegiatan itu, sepasukan anggota KPDN dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor terus bertindak mengejar kereta tersebut bermula dari Lubok Gong ke Banggol Kulim," katanya pada Selasa.

Seorang penyeludup bertindak melarikan diri dengan meninggalkan 1.1 tan gula dan minyak masak peket di kawasan hutan berhampiran Kampung Tasek, Rantau Panjang pada Ahad selepas dikejar
sejauh 10 kilometer oleh anggota penguat kuasa. Foto:KPDN
Seorang penyeludup bertindak melarikan diri dengan meninggalkan 1.1 tan gula dan minyak masak peket di kawasan hutan berhampiran Kampung Tasek, Rantau Panjang pada Ahad selepas dikejar sejauh 10 kilometer oleh anggota penguat kuasa. Foto:KPDN

Menurut beliau, penyeludup itu kemudian bertindak meninggalkan kereta tersebut dan terus melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran Banggol Kulim.

Aswady berkata, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan terbabit telah menemukan sejumlah 510 kilogram (kg) minyak masak peket dan 648 kg gula bernilai lebih RM8,000.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang penyeludup melarikan diri meninggalkan 1.1 tan gula dan minyak masak di hutan berhampiran Kampung Tasek
  • Penyeludup tersebut dikejar oleh anggota penguat kuasa sejauh 10 kilometer
  • Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan, Aswady Jaafar, mengatakan kejadian ini berlaku pada jam 1.02 petang
  • Penyeludup meninggalkan kereta jenis Proton Waja dan melarikan diri ke hutan
  • Barang rampasan bernilai lebih RM8,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!