X

Kindly register in order to view this article
!

17 kluster baharu Covid-19 dikenal pasti hari ini

Sebanyak 17 kluster baharu Covid-19 dikenal pasti hari ini.
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 17 kluster baharu dikenal pasti dengan kluster berkaitan tempat kerja masih merekodkan angka tertinggi sebanyak 14 kluster manakala masing-masing satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi, keagamaan, dan komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagi kluster melibatkan tempat kerja, lima adalah di Selangor iaitu Jalan Bukit Kemuning, Jalan Jitu, Jalan Hulu Tinggi, Mayang dan Jalan Industri Kidamai; empat di Johor (Perindustrian Fasa Dua, Jalan Perindustrian Estate, Jalan DPB Tiga dan Jalan Tebrau); di Sabah (Lot Satu dan Lot Tujuh) manakala masing-masing satu kluster di Pulau Pinang (Lintang Kampung Jawa), Perak (Jalan Changkat Jong) dan Kuala Lumpur (Mediacity).

"Bagi kluster kumpulan berisiko tinggi pula ialah di Jalan Sri Putri, Johor; kluster komuniti di Kampung Jawek, Terengganu dan kluster keagamaan di Jalan Telok Ira, Pahang," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Kebun Baru (188 kes), Kluster Jalan Changkat Jong (158 kes) dan Kluster Selambau (155 kes).

Beliau berkata, 539 kluster telah tamat termasuk 10 kluster tamat pada Khamis.

Kluster tersebut ialah Kluster Silimpopon, Kluster Tapak Bina Dutamas, Kluster Gunung Raya, Kluster Taman Juta, Kluster Kampung Tengah, Kluster Alor Durian, Kluster Lintas Seraya, Kluster Jalan Kelapa, Kluster Tampoi Tujuh dan Kluster J Bandar.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!