Palsu resit kupon, bekas kakitangan MDKpr didenda RM20,000

Tertuduh didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan memalsukan dokumen bayaran kupon kereta, sepuluh tahun lalu.
Tertuduh didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan memalsukan dokumen bayaran kupon kereta, sepuluh tahun lalu.
A
A
A

IPOH - Bekas pembantu tadbir kewangan di Majlis Daerah Kampar (MDKpr) didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis selepas mengaku bersalah terhadap tujuh pertuduhan memalsukan dokumen bayaran kupon parkir kereta, 10 tahun lalu.

Ruddy Nezeri Kamarudin, 38, yang bertugas di Unit Kupon Jabatan Perbendaharaan dan Sistem Maklumat MDKpr membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, S Indra Nehru.

Mengikut pertuduhan, Ruddy Nezeri didakwa atas 34 pertuduhan iaitu dengan curangnya telah menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu resit bayaran terimaan hasil jualan kupon letak kereta yang dicetak di atas Bil Terimaan Pelbagai Tahun 2011 membabitkan nilai wang RM27,852.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan antara 10 Februari 2011 sehingga 2 Ogos 2011 di Pejabat Majlis Daerah Kampar, Kompleks Pentadbiran Majlis Daerah Kampar dalam daerah Kinta Selatan.

Pendakwaan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan hendaklah didenda.

Bagaimanapun tertuduh dilepas dan dibebaskan bagi 27 pertuduhan lain dengan pertimbangan di bawah Seksyen 171A Kanun Prosedur Jenayah.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Wahida Jalaluddin yang mengendalikan kes itu memberitahu bahawa mahkamah telah mengesahkan permohonan Akuan Rundingan yang dibuat tertuduh adalah secara sukarela walaupun tanpa diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menjatuhi hukuman denda RM20,000 dan jika gagal bayar dikenakan penjara 14 bulan.

Artikel Berkaitan: