Masih ramai yang enggan pakai pelitup muka

Suzaimi (kiri) bertanya sesuatu kepada Che Som Hussin, 72, yang merupakan nenek kepada tiga beradik yatim piatu ketika menyampaikan sumbangan di Kampung Cabang Tiga Gemas, Jalan Sungai Sam-Dabong, Kuala Krai pada Isnin.
Suzaimi (kiri) bertanya sesuatu kepada Che Som Hussin, 72, yang merupakan nenek kepada tiga beradik yatim piatu ketika menyampaikan sumbangan di Kampung Cabang Tiga Gemas, Jalan Sungai Sam-Dabong, Kuala Krai pada Isnin.
A
A
A

KUALA KRAI - Masih ramai yang mengambil mudah pemakaian pelitup separuh muka ketika berada di khalayak ramai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang bermula 16 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamed berkata, sepanjang tempoh PKP hingga Ahad, daripada 60 kompaun dikeluarkan pihaknya, sebanyak 31 kompaun berkait dengan pemakaian pelitup muka.

"Baki selebihnya melibatkan kegagalan menyediakan alat penyukat suhu dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas turun padang bersama Skuad Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Prihatin Kuala Krai bagi menyampaikan sumbangan kepada tiga beradik yatim piatu di Kampung Cabang Tiga Gemas, Jalan Sungai Sam-Dabong di sini pada Isnin.

Dalam kunjungan tersebut, Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Krai turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan bekalan makanan kepada keluarga tiga beradik yatim piatu itu.

Sementara itu, Suzaimi berkata, beliau berharap orang ramai tidak mengambil mudah pematuhan prosedur operasi standard (SOP) terutama pemakaian pelitup separuh muka.

Beliau berkata, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau pihak yang melanggar SOP.

Artikel Berkaitan: