Tak wajib tapi galak pakai pelitup muka - Anthony

Anthony Loke
Anthony Loke
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pengangkutan menyarankan orang ramai untuk menggunakan pelitup muka di dalam kereta api dan bas.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, meskipun ia tidak lagi wajib namun masih digalakkan untuk memakainya.

"Semoga semua penumpang sentiasa sihat dan selamat!," katanya menerusi Facebook pada Khamis.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan pemakaian pelitup muka semasa berada di dalam pengangkutan awam dan fasiliti kesihatan tidak lagi diwajibkan berkuat kuasa 5 Julai ini.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, individu dikehendaki memakai pelitup muka adalah bagi kes positif Covid-19 dan ketika berada di fasiliti kesihatan mengikut amalan Kawalan dan Pencegahan Infeksi semasa berhadapan atau mengendalikan pesakit.

“Pemakaian pelitup muka amat digalakkan bagi individu berisiko tinggi seperti warga emas, individu dengan penyakit kronik, individu imuniti rendah atau ibu mengandung terutama ketika berada di tempat sesak dan pengudaraan kurang baik.

“Individu bergejala respiratori bagi mengelakkan jangkitan kepada orang lain dan semasa berada dalam perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, kapal terbang, teksi termasuk e-hailing, bas atau van sekolah," katanya dalam kenyataan pada Khamis.