Tengku Adnan peroleh pasport ziarah anak di luar negara

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi membenarkan permohonan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk mendapatkan sementara pasportnya bagi membolehkan beliau melawat dua anaknya di Australia.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Datuk Tan Hock Chuan yang turut mengemukakan alasan Ahli Parlimen Putrajaya itu perlu menguruskan hal berkaitan perniagaannya di Indonesia.

Mohd Nazlan membenarkan pasport itu dilepaskan bermula hari ini dan dikembalikan semula pada 28 Februari depan.

Dalam pada itu, peguam Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili Tengku Adnan memberitahu mahkamah, permohonan dibuat kerana anak guamnya ingin melawat dua anaknya termasuk yang berusia 13 tahun yang baru memulakan sesi persekolahan di Australia sejak 30 Januari lalu.

“Selain itu anak guam saya yang juga salah seorang pemegang saham syarikat perlu menguruskan perniagaan di Indonesia,” katanya.

Sementara itu Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim tidak membantah permohonan berkenaan.

Pada 15 November tahun lalu, Tengku Adnan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima rasuah dan satu pertuduhan pilihan menerima rasuah berjumlah RM1 juta, berhubung kelulusan permohonan sebuah syarikat untuk menaikkan ratio berkaitan pembangunan di Jalan Semarak Kuala Lumpur pada tahun 2013.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuduhan terhadap Ku Nan digugurkan, sebelum dituduh semula

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Ku Nan akan dibicara di Mahkamah Tinggi

ARTIKEL BERKAITAN: Pendakwaan mohon kes rasuah Ku Nan pindah ke Mahkamah Tinggi