Mayat lelaki ditemukan dalam parit

Anggota bomba mengangkat mayat seorang lelaki yang ditemukan dalam sebuah parit berhampiran Pasaraya Econsave Senai, Kulai pada Sabtu.
Anggota bomba mengangkat mayat seorang lelaki yang ditemukan dalam sebuah parit berhampiran Pasaraya Econsave Senai, Kulai pada Sabtu.
A
A
A

KULAI - Mayat seorang lelaki ditemukan dalam parit berhampiran Pasaraya Econsave Senai dekat sini pada Sabtu.

Mayat lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu ditemukan orang ramai kira-kira jam 7.30 petang sebelum menghubungi pihak polis dan bomba.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai, Penguasa Bomba Kanan II Abdul Malik berkata, seramai lapan anggota dengan sebuah jentera Light Fire Rescue Team (LFRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurutnya, mayat mangsa ditemui dalam parit berkedalaman kira-kira lima meter dalam keadaan terbaring.

"Pihak bomba bertindak mengangkat dan menyerahkan mayat kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi tamat pada jam 8.03 malam," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: