Penduduk berhak dapat kediaman lebih baik

Hannah
Hannah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keluarga rumah panjang di Taman Rimba Kiara berhak mendapat kediaman kekal yang lebih baik di atas tapak sedia ada.

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata, usaha bagi membina rumah mampu milik di tapak itu tidak mustahil untuk dilaksanakan tanpa mengganggu taman rekreasi di kawasan itu.

Beliau berkata, keluarga rumah panjang itu telah menetap di tapak berkenaan sejak 40 tahun lalu malah mereka membina hubungan baik dengan komuniti setempat sejak dahulu lagi.

"Saya menyeru Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa untuk bersama-sama saya dapat membayangkan sebuah tempat tinggal di mana baik golongan muda atau tua dapat memanggilnya rumah," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, Hannah berkata, sukarelawan profesional daripada Save Taman Kiara Group juga telah mengemukakan cadangan pembinaan rumah panjang itu di tapak sedia ada tersebut.

Beliau berkata, pembinaan rumah itu wajar untuk kesejahteraan dan kepentingan keluarga di sana.

"Selari dengan inisiatif Wilayah Prihatin, sudah tiba masanya Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Yayasan Wilayah Persekutuan mengutamakan kepentingan, kesejahteraan dan kebajikan keluarga di rumah panjang itu.

"Berhentilah menggunakan alasan untuk membina kondominium mewah. Mereka berhak mendapat yang lebih baik," katanya.

Artikel Berkaitan:

Isu pembangunan Taman Rimba Kiara sebelum in berpihak kepada penduduk selepas Mahkamah Rayuan pada 27 Januari lalu memutuskan perintah pembangunan yang diperoleh pada tahun 2017 di kawasan itu terbatal.

Keputusan tersebut disampaikan menerusi sesi Zoom yang dibuat secara dalam talian.