X

Kindly register in order to view this article
!

Warga asing cuba sorok, tak pakai 'gelang putih' ditahan

Warga asing yang ditahan selepas didapati gagal memakai dan cuba menyembunyikan gelang putih di kawasan rumah kedai di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi pada Selasa.
A
A

KOTA TINGGI - Tiga warga asing yang gagal memakai gelang putih iaitu tag kuarantin Covid-19 dan menutup gelang itu dengan memakai baju berlengan panjang serta jam tangan ditahan pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, warga asing terdiri daripada seorang warga Bangladesh dan dua warga India berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun itu ditahan di kawasan rumah kedai di Taman Kota Jaya di sini kira-kira jam 6 petang.

"Polis bersama Pejabat Kesihatan Kota Tinggi telah menahan tiga warga asing yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2020.

"Majikan warga asing tersebut juga telah diambil tindakan kompaun di bawah Peraturan 22(b) Akta 342 kerana gagal mengawal selia pekerja di bawah pengawasan kuarantin di rumah (HSO)," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Hussin turut memberi amaran keras dan tidak akan berkompromi dengan individu yang melanggar SOP yang telah ditetapkan.

"Operasi seumpama ini tetap akan dijalankan di tempat-tempat awam melalui pemantauan pasukan Task Force Covid-19 Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Tinggi," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!