Jenazah Abdul Hamid selamat dikebumi

Jenazah bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, di sini jam 5.50 petang Khamis.
Jenazah bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, di sini jam 5.50 petang Khamis.
A
A
A

PUTRAJAYA – Jenazah bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, di sini jam 5.50 petang Khamis.

Jenazah sebelum itu disembahyangkan di Musolla Taman Selatan Presint 20, Putrajaya, selepas waktu solat Asar dengan diimamkan Imam Masjid Mahmudiah Presint 18, Rafuwan Putra Affendi.

Bacaan talkin turut dibacakan dihadapan 200 hadirin termasuk ahli keluarga.

Terdahulu, jenazah dimandikan dan disolatkan di Musolla Taman Selatan.

Antara yang hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan bekas Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail.

Turut kelihatan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Wahid Omar; bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin.

Abdul Hamid,84, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di samping isterinya, Toh Puan Hamidah Choong Abdullah dan anak-anak pada Khamis.

Abdul Hamid dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 Mei 1990, Hakim Mahkamah Tinggi pada 1992, Hakim Mahkamah Rayuan pada 1 September 2000 dan Hakim Mahkamah Persekutuan pada 1 Ogos 2003.

Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada Disember 2007 hingga Oktober 2008.

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Jenazah bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya
  • Jenazah disembahyangkan di Musolla Taman Selatan Presint 20, Putrajaya selepas solat Asar
  • Bacaan talkin dibacakan di hadapan 200 hadirin termasuk ahli keluarga
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; dan Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh merupakan antara yang hadir
  • Abdul Hamid berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara dari Disember 2007 hingga Oktober 2008

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!