Angin kencang terbangkan khemah, bazar Ramadan kembali 'riuh' menjelang waktu berbuka

Keadaan salah satu khemah yang rosak susulan kejadian itu. FOTO: Rosli Talib
Keadaan salah satu khemah yang rosak susulan kejadian itu. FOTO: Rosli Talib
A
A
A

RAWANG - Beberapa khemah di Bazar Ramadan Santai BTP (Bandar Tasik Puteri) di sini diterbangkan angin kencang susulan hujan lebat pada Khamis.

Kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu turut mengakibatkan makanan, minuman untuk dijual dan kelengkapan peniaga rosak namun tidak melibatkan kemalangan jiwa selain keadaan kembali terkawal tidak lama kemudian.

Menurut penganjur bazar, Muhammad Faezee Abu Bakar berkata, pihak penganjur segera menyediakan khemah gantian hasil lebihan sumbangan penaja bagi membantu peniaga yang terjejas.

Salah seorang peniaga menahan khemah bagi mengelakkannya terbang susulan hujan lebat dan angin kencang. FOTO: Rosli Talib
Salah seorang peniaga menahan khemah bagi mengelakkannya terbang susulan hujan lebat dan angin kencang. FOTO: Rosli Talib

“Keadaan cuaca antara cabaran utama selain pengurusan trafik serta pemantauan kebersihan dan keselamatan makanan, namun kami yakin semuanya dapat dikendalikan dengan baik,” katanya ketika ditemui.

Terdahulu, bazar berkenaan menjadi perhatian kerana tampil dengan deretan gerai melebihi satu kilometer, sekali gus menjadi antara bazar terpanjang di negara ini dengan lebih 300 tapak gerai.

Low Yat Group selaku penganjur dan penaja utama dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Bank Islam Malaysia Bhd serta Jawatankuasa Penduduk Zon 18 berhasrat untuk memperkenalkan Bandar Tasik Puteri sebagai kawasan yang semakin pesat berkembang kepada masyarakat umum.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati suasana bazar kembali meriah dengan kehadiran pengunjung menjelang waktu berbuka puasa.

Artikel Berkaitan:

Keadaan di lokasi susulan hujan lebat dan angin kencang. FOTO: Rosli Talib
Keadaan di lokasi susulan hujan lebat dan angin kencang. FOTO: Rosli Talib

Ringkasan AI

  • Khemah di Bazar Ramadan Santai BTP diterbangkan angin kencang susulan hujan lebat
  • Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang tanpa kemalangan jiwa
  • Muhammad Faezee Abu Bakar menyatakan penganjur menyediakan khemah gantian untuk peniaga terjejas
  • Cuaca antara cabaran utama dalam pengurusan bazar
  • Bazar ini merupakan salah satu yang terpanjang di negara dengan lebih 300 tapak gerai

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!