Pemindahan Bazar Ramadan Masjid India bantu peniaga Melayu

Khalid melancarkan Program Kebajikan Wilayah Persekutuan di Majlis Kenduri Rakyat Wilayah di Perumahan Awam Sri Johor, hari ini.
Khalid melancarkan Program Kebajikan Wilayah Persekutuan di Majlis Kenduri Rakyat Wilayah di Perumahan Awam Sri Johor, hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemindahan peniaga Bazar Ramadan Masjid India di sini dibuat bertujuan membangunkan peniaga Melayu di kawasan itu selain pembukaan gerai dan bazar pada musim perayaan menyebabkan peniaga dalam premis menanggung kerugian.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, keputusan tersebut sebagai penyusunan semula kawasan tersebut dan tidak menghalang perniagaan peniaga lain.

"Kebanyakan peniaga dalam premis Wisma Yakin dan deretan kedai secara tradisi milik peniaga Melayu yang terlindung apabila hadapan kedai dibuka gerai bazar.

"Yang tanggung kerugian peniaga Melayu. Bila kata penutupan itu merugikan orang Melayu hal itu tidak tepat sebaliknya kita nak bangunkan peniaga Melayu yang bertapak lebih awal di sana," katanya.

Menurutnya, tapak baharu kepada peniaga bazar Ramadan bakal dimaklumkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dalam masa terdekat.

"Lokasinya berhampiran dan dijangka mampu menampung jumlah peniaga bazar sedia ada. Ia juga mengatasi jualan lesen oleh golongan yang memonopoli kawasan itu yang dikatakan turut menyumbang masalah kepada peniaga bazar tersebut," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak lagi membenarkan penganjuran bazar Ramadan dan Deepavali di kawasan Masjid India dan di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman mulai tahun ini kerana menimbulkan pelbagai masalah termasuk isu sampah-sarap dan halangan sehingga mengakibatkan kesesakan trafik.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!