JPN Kedah masih menanti

Dr Salmee memakaikan beg sekolah kepada salah seorang penerima yang hadir pada majlis berkenaan.
Dr Salmee memakaikan beg sekolah kepada salah seorang penerima yang hadir pada majlis berkenaan.
A
A
A

JERLUN - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah belum mendapat perkembangan terkini sekiranya berlaku pertukaran antara negeri melibatkan ustazah Nur Farhana Ibrahim, 27 yang hilang pada bulan lalu.

Exco Pendidikan, Dr Salmee Said berkata, ketika ini JPN Kedah tidak mempunyai hak untuk campur tangan berkaitan isu berkenaan.

Katanya, kes ustazah ini juga dibawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berurusan dengan JPN Pulau Pinang.

"Sekiranya selesai urusan antara kedua-dua pihak terbabit dan berlakunya pertukaran ke Kedah, barulah kami akan terima.

"Insya-ALLAH kami akan cuba tempatkan ustazah berkenaan di mana-mana sekolah yang sesuai dengannya," katanya, ketika ditemui di Majlis Penyampaian Pakaian Sekolah Bagi Pelajar Terpilih Parlimen Jerlun di Dewan Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu di sini, hari ini.

Pada 14 Januari lalu, guru Sekolah Kebangsaan Genting, Balik Pulau tersebut dikhuatiri hilang selepas beliau tidak pulang ke rumahnya di Langgar, dekat sini seperti kebiasaan.

Bagaimanapun, Nur Farhana telah dijumpai di Kuala Kangsar, Perak dalam keadaan selamat tiga hari kemudian namun sukar mengingati perkara yang berlaku sepanjang kehilangannya dan hanya bermalam di surau untuk merehatkan diri.

Terdahulu, Dr Salmee yang juga ADUN Kota Siputeh menyampaikan beg sekolah dan baucar kepada 600 pelajar terpilih dalam Parlimen Jerlun.

Artikel Berkaitan:

Program sumbangan berkenaan adalah kerjasama antara Pusat Khidmat Wakil Rakyat Kota Siputeh dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan.