X

Kindly register in order to view this article
!

Polis China rampas 3,000 vaksin Covid-19 palsu

Vaksin Covid-19. - Foto: Reuters
A
A

SHANGHAI - Polis China memberkas lebih 80 individu dan merampas sebanyak 3,000 dos vaksin Covid-19 palsu sebagai sebahagian daripada usaha membanteras kegiatan jenayah berkaitan vaksin tersebut.

Suspek telah melaksanakan kerja-kerja penipuan sejak September lalu dan semua dos palsu itu sudah dikenal pasti, kata agensi media tempatan, Xinhua pada Isnin seperti dilaporkan Reuters.

Vaksin palsu itu diperbuat daripada cecair saline iaitu larutan yang terdiri daripada 0.9 peratus kepekatan sodium klorida (garam) ke dalam botol kecil dan kemudian menjualnya sebagai vaksin Covid-19.

Sindiket terbabit dikatakan berniat untuk menghantar vaksin-vaksin palsu tersebut ke luar negara dan mengambil kesempatan ketika China mengejar masa untuk menyuntik vaksin kepada 50 juta rakyatnya sebelum sambutan Tahun Baharu Cina pada pertengahan Februari.

Operasi serbuan telah dijalankan di beberapa tempat termasuk Beijing, Shanghai dan wilayah timur China, Shandong di timur China dan merampas lebih daripada 3,000 vaksin Covid-19 palsu di lokasi kejadian.

Menurut agensi berita itu, jumlah vaksin palsu yang sudah dijual tidak didedahkan kepada umum tetapi polis sudah mengesan lokasi vaksin itu berakhir.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!