'Adik' selamat dikebumikan

Jenazah dibawa dari Madrasah As Syakirin selepas dimandikan dan disolatkan untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Simpang Bekoh, Jasin pada Isnin.
Jenazah dibawa dari Madrasah As Syakirin selepas dimandikan dan disolatkan untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Simpang Bekoh, Jasin pada Isnin.
A
A
A

JASIN - [DIKEMASKINI] Jenazah kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang meninggal dunia dipercayai didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya di sebuah rumah di Taman Krubong Jaya, selamat disemadikan.

Kanak-kanak yang mesra dipanggil 'Adik' dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Simpang Bekoh pada Isnin kira-kira jam 12.45 tengah hari.

Jenazah yang dituntut pagi tadi oleh waris keluarga ibu kandung di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka telah dibawa ke Madrasah As Syakirin untuk dimandikan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan itu.

Sinar Harian sebelum ini menyiarkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun meninggal dunia selepas dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya, petang Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, kanak-kanak malang berkenaan didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak maut lemas dalam tong disyaki didera

Artikel Berkaitan:

Budak mati disyaki didera: Ibu, bapa tiri direman tujuh hari

Tinjauan di tanah perkuburan itu mendapati suasana pilu menyelubungi sepanjang proses pengebumian kira-kira 35 minit dan hanya keluarga terdekat sahaja dibenarkan berada di sekitar liang lahad.

Pengebumian ini akhirnya menamatkan tanda tanya lokasi kanak-kanak itu akan disemadikan kerana sebelum ini keluarga angkat berhasrat mengebumikan jenazahnya di Bukit Beruntung, Selangor.

Sementara itu ibu angkat kanak-kanak berkenaan, Norlida Abu Hassan, 50, ketika ditemui pemberita selepas selesai pengebumian itu bersyukur semua urusan pengebumian berjalan lancar.

Menurutnya, walaupun sedih kerana tidak dapat membawa jenazah dikebumikan di Rawang, Selangor namun dia sekeluarga reda dan bersyukur segalanya sudah selesai dan dipermudahkan.

"Malam tadi Abang Ngah termimpikan 'Adik', Umi janji akan selalu datang melawat 'Adik' di sini," katanya sebak.

Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman mengesahkan hasil bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak itu terdapat pelbagai kecederaan termasuk luka baharu dikesan di bahagian belakang kepala kanak-kanak itu namun punca kematian akibat didera belum dapat dikenal pasti.

ARTIKEL BERKAITAN: Terdapat kesan luka, lebam pada arwah: PDRM

Jiran kerap dengar tangisan kanak-kanak