Bapa Baddrol Bakhtiar meninggal dunia

Baddrol mencium tangan bapanya sebelum mengundi pada Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos lalu. - Foto Facebook Baddrol Bakhtiar
Baddrol mencium tangan bapanya sebelum mengundi pada Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos lalu. - Foto Facebook Baddrol Bakhtiar
A
A
A

ALOR SETAR - Bapa kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar meninggal dunia di kediamannya di Cinta Sayang Resort Villa, Sungai Petani pada jam 6.04 pagi Rabu.

Pemergian Allahyarham Bakhtiar Md Isa, 66, dimaklumkan menerusi akaun rasmi media sosial bekas pemain bola sepak kebangsaan itu yang baharu dipilih sebagai wakil rakyat pada 12 Ogos lalu.

Difahamkan, Baddrol menemani bapanya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani beberapa hari lalu.

Sementara itu, bapa mentua Baddrol, Mustafa Khalid Hanafi, 66, ketika dihubungi berkata, Allahyarham baharu selesai menjalani pembedahan penyakit angin pasang di HSAH.

Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disolatkan di Masjid Taman Ria, Sungai Petani selepas Zohor sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Busyro, Merbok.

Artikel Berkaitan: