PKP beri ruang cetus tabiat buruk pendera kanak-kanak

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di dalam negara sepanjang pandemik Covid-19 bermula Mac lalu merupakan penyumbang kepada peningkatan berlakunya kejadian penderaan kanak-kanak di Malaysia.

Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Fauziah Mohd Saad berkata, pelaksanaan PKP telah memberi ruang untuk mencetuskan gangguan psikologi yang sudah sedia ada di dalam diri pelaku.

Katanya, akibat daripada situasi tersebut, mereka yang tinggal bersama individu berkenaan dalam tempoh PKP khususnya kanak-kanak akan mudah terdedah menjadi mangsa kekerasan.

“Penderaan berlaku akibat daripada aspek psikologi.

“Jadi pandemik ini hanya menyumbang dari aspek luaran dan persekitaran seperti masalah kewangan dan keadaan di rumah yang mana anak-anak lazimnya bermain dan menyebabkan kebisingan sehingga menyebabkan gangguan kepada mereka yang memiliki masalah dalam kesihatan mental.

“Perkara-perkara seperti itu akan ‘trigger’ si pelaku dan seterusnya menyebabkan berlakunya kes penderaan melibatkan kanak-kanak,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Sementara itu, Pakar Psikiatri Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia, Dr Ruziana Masiran berkata, ibu bapa yang kehilangan pekerjaan semasa pandemik didapati terdedah kepada masalah tekanan emosi.

Jelasnya, mereka yang tergolong dalam kumpulan tersebut didapati lebih cenderung untuk melakukan penderaan terhadap anak-anak sekiranya mereka pernah melakukannya sebelum pandemik ini.

Artikel Berkaitan: