Hasrat bawa pulang jenazah 'Adik'

Md Tarmidi
Md Tarmidi
A
A
A

MELAKA - Keluarga angkat kepada kanak-kanak maut dipercayai didera pada Jumaat lalu, reda jika keputusan untuk membawa balik jenazah tidak berpihak kepada mereka.

Md Tarmidi Yaaccob,52, berkata, bagaimanapun selagi keputusan mengenai jenazah belum diperoleh, mereka sekeluarga tidak putus berdoa dan masih terus berharap dapat mengebumikan jenazah 'Adik' di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung, Rawang Selangor.

Menurutnya, dia dan keluarga juga telah berjumpa dengan nenek dan bapa saudara kanak-kanak itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, semalam dan isterinya merayu untuk membenarkan membawa pulang jenazah Adik.

"Tapi mereka hanya memberitahu keputusan akan dibuat oleh ibu kandung sendiri yang masih direman polis.

"Pagi tadi kami sampai bilik mayat, Zu (ibu kandung) pun dibawa polis untuk membuat pengecaman mayat anak dan dia hanya menggelengkan kepala. Saya harap ALLAH lembutkan hatinya," katanya ketika ditemui di sini pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak maut lemas dalam tong disyaki didera

Jiran kerap dengar tangisan kanak-kanak

Budak mati disyaki didera: Ibu, bapa tiri direman tujuh hari

Artikel Berkaitan:

Ibu kandung pernah dapatkan rawatan psikiatri

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun meninggal dunia selepas dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya dalam kejadian pada petang Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, kanak-kanak malang itu didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya.

Md Tarmidi(kanan) dan isteri ketika menerima kehadiran Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), Mohd Ridhwan Mohd Ali di pekarangan Hospital Melaka di sini, pada Ahad.
Md Tarmidi(kanan) dan isteri ketika menerima kehadiran Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), Mohd Ridhwan Mohd Ali di pekarangan Hospital Melaka di sini, pada Ahad.

Md Tarmidi yang kelihatan sebak juga juga bersyukur dan terharu kerana ramai yang prihatin sepanjang mereka sekeluarga berada di Melaka.

"Alhamdulillah ALLAH SWT permudahkan malah kami menetap di rumah inap yang pemiliknya siapa pun kami tidak kenal tetapi melayan kami dengan baik seperti adik-beradik," katanya.

Keluarga angkat kanak-kanak berkenaan dilihat berada di Jabatan Perubatan Forensik sejak jam 9 pagi bagi menunggu proses bedah siasat dijalankan manakala waris lain tidak kelihatan di perkarangan hospital.