Kerajaan pinda Ordinan Darurat, tingkat denda ingkar SOP

Kerajaan sedang meminda Ordinan Darurat yang berkuat kuasa pada masa ini untuk meningkatkan jumlah denda terhadap mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) untuk mengekang penularan Covid-19. FOTO: ROSLI TALIB
Kerajaan sedang meminda Ordinan Darurat yang berkuat kuasa pada masa ini untuk meningkatkan jumlah denda terhadap mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) untuk mengekang penularan Covid-19. FOTO: ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR- Kerajaan sedang meminda Ordinan Darurat yang berkuat kuasa pada masa ini untuk meningkatkan jumlah denda terhadap mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) untuk mengekang penularan Covid-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob, berkata ia berikutan masih ramai yang gagal mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

"Saya nak maklumkan, oleh kerana masih banyak yang gagal patuh SOP, kerajaan sedang menggubal Ordinan Darurat untuk tingkatkan lagi kompaun terhadap individu dan syarikat.

"Begitu juga apabila (pihak yang melanggar SOP) dibawa ke mahkamah, hukuman akan ditingkatkan lagi," katanya ketika sidang media hari ini.

Menerusi undang-undang sedia ada, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 hanya memperuntukkan denda tidak lebih RM1,000 kepada mereka yang melanggar SOP ketika wabak.

Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang diwartakan pada 11 Januari lalu turut tidak menyatakan denda terhadap pelanggaran SOP.

Artikel Berkaitan: