JAS kesan cubaan lupus buangan terjadual di tapak pelupusan sampah

Pegawai JAS Pahang melakukan pemeriksaan ke atas sebuah lori sampah bagi mengesan cubaan melupus buangan terjadual di pusat pelupusan sampah di sini.
Pegawai JAS Pahang melakukan pemeriksaan ke atas sebuah lori sampah bagi mengesan cubaan melupus buangan terjadual di pusat pelupusan sampah di sini.
A
A
A

KUANTAN - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang Cawangan Gebeng mengesan cubaan membawa bahan terjadual untuk dilupuskan di sebuah tapak pelupusan sampah di sini pada Isnin.

Pengarah JAS Pahang, Mohd Sani Mat Daud berkata, hasil maklumat dan operasi dijalankan, pihaknya menahan sebuah lori yang disyaki membawa bahan buangan itu ke tapak pelupusan sampah berkenaan.

Menurutnya, sampel bahan itu telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa bagi mengenal pasti kandungannya dan tindakan penguatkuasaan selanjutnya.

"Pihak pengeluar buangan terjadual tersebut telah dikenal pasti.

"Arahan serta-merta dikeluarkan kepada mereka supaya mengambil semula buangan tersebut dan dibawa balik ke premis untuk diuruskan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (BT), 2005," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Pegawai JAS Pahang melakukan pemeriksaan ke atas bahan buangan di sebuah tapak pelupusan sampah di sini bagi mengesan buangan terjadual yang cuba dilupuskan secara haram.
Pegawai JAS Pahang melakukan pemeriksaan ke atas bahan buangan di sebuah tapak pelupusan sampah di sini bagi mengesan buangan terjadual yang cuba dilupuskan secara haram.

Mohd Sani berkata, walaupun Pahang masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, pihak industri diingatkan sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan tidak melakukan perkara yang mencemarkan alam sekitar.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan aktiviti yang melanggar akta itu,"katanya.

Artikel Berkaitan:

Justeru katanya, orang awam disaran melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau emel ke aduan_k@doe.gov.my dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.