Pakej bantuan Permai tepati golongan sasar

Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lalu melibatkan peruntukan bernilai RM15 bilion.
Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lalu melibatkan peruntukan bernilai RM15 bilion.
A
A
A

PEMBERIAN Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lalu disifatkan cukup meluas dan menepati golongan yang tersasar.

Bagi meringankan beban rakyat yang terkesan akibat penularan Covid-19, pakej bantuan bernilai RM15 bilion itu adalah inisiatif kelima dilaksanakan kerajaan untuk membantu rakyat sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama kali dikuatkuasakan pada Mac 2020.

Rata-rata masyarakat sama ada pekerja biasa atau golongan majikan memuji pakej tersebut yang mampu membantu majikan serta pekerja menghadapi situasi ekonomi yang runcing ketika ini.

Kerajaan sebelum ini melaksanakan Bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) melibatkan peruntukan RM250 bilion dan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin Tambahan) sebanyak RM10 bilion.

Selain itu, turut diumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) melibatkan perbelanjaan sebanyak RM35 bilion, selain Pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Prihatin (Kita Prihatin) dengan peruntukan RM10 bilion.

Selepas melalui kemelesetan ekonomi sepanjang tahun 2020, semua golongan sesungguhnya memerlukan bantuan daripada kerajaan. Sebab itulah pakej bantuan Permai ibarat sinar baharu untuk rakyat Malaysia menghadapi cabaran mendatang.

Salah satu bantuan yang memberangsangkan ialah Program Subsidi Upah. Untuk tempoh satu bulan, majikan yang layak akan menerima subsidi upah berjumlah RM600 bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang dari RM4,000 manakala had pekerja yang sebelum ini 200 orang kini ditambah kepada 500 orang.

Bantuan yang diberikan kerajaan itu sekali gus menggalakkan majikan untuk tidak memberhentikan pekerjanya buat sementara waktu.

Artikel Berkaitan:

Selain majikan, golongan pekerja turut mendapat manfaatnya apabila kerajaan bersetuju untuk melonggarkan syarat permohonan bagi program Sistem Insurans Pekerjaan.

Pemberian pakej bantuan itu selain tepat pada masanya, ia turut melaksanakan secara bersasar dan tidak timbul sebarang masalah ketirisan.