PH seolah-olah tak ikhlas nak beri BSH: Najib

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa kerajaan PH seolah-olah tidak ikhlas untuk memberi Bantuan Sara Hidup (BSH) yang memberi fokus bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Menurutnya, terlalu banyak proses dan dokumen yang diperlukan pemohon bagi mendapatkan bantuan berkenaan.

“Seminggu dua ini saya baca Tweet. Ramai yang busy update info BR1M atau BSH. Cucu-cucu dan anak-anak bantu. Macam-macam proses dan dokumen diperlukan kini.

“Semakin menyusahkan orang kerajaan PH ini. Seolah-olah tidak ikhlas untuk beri, tidak menggalakkan orang mohon. Kerajaan PH perlu faham mengapa BR1M diberikan,”katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu lagi, kerajaan PH seharusnya memperkenalkan sistem permohonan yang lebih mudah dan berkesan bersesuaian dengan kelompok penerima yang terdiri daripada mereka yang berusia dan tidak berkemampuan.

“Ini kefahaman dan pengetahuan asas tetapi Kerajaan PH tidak faham atau buat-buat tidak faham,”katanya.

Artikel Berkaitan: