GKP Tambahan untuk PKS sehingga RM1,000

Muhyiddin pada Pengumuman Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen serta platform media sosial pada Isnin.
Muhyiddin pada Pengumuman Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen serta platform media sosial pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan akan memperluaskan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada 800,000 peniaga kecil dan sederhana (PKS) sehingga RM1,000.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peluasan inisiatif GKP Tambahan ini atau GKP Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM650 juta.

"Sukacita ingin saya maklumkan bahawa kerajaan akan memperluaskan bantuan GKP Tambahan ini kepada 500,000 PKS di tujuh negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan bayaran RM1,000, manakala 300,000 PKS di negeri yang lain akan menerima RM500.

"Namun demikian, sekiranya terdapat negeri yang berubah menjadi zon merah dan diisytiharkan PKP, kerajaan sedia membantu dengan menyalurkan bantuan tambahan kepada PKS di negeri tersebut dengan serta-merta," katanya pada Pengumuman Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen serta platform media sosial pada Isnin.

Semasa Belanjawan 2021, kerajaan mengumumkan bantuan kewangan sebanyak RM1,000 melalui GKP Tambahan yang diberikan kepada peniaga dan penjaja di Sabah.

Artikel Berkaitan: