X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Kerajaan tambah lebih 3,500 petugas kesihatan

Muhyiddin
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kerajaan memutuskan untuk menambah lebih 3,500 petugas kesihatan dengan nilai peruntukan tambahan sebanyak RM150 juta.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, petugas berkenaan dijangka akan memulakan tugas pada hujung bulan ini.

Menurutnya, tambahan petugas itu terdiri daripada penolong pegawai perubatan, paramedik, juruteknologi makmal dan jururawat.

"Dalam usaha untuk memerangi wabak Covid-19, seramai 8,000 petugas kesihatan tambahan untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah diluluskan pada tahun lepas.

"Mengambil kira situasi semasa, kerajaan akan menambah lebih daripada 3,500 anggota kesihatan yang mula bertugas pada hujung bulan ini dengan peruntukan tambahan RM150 juta," katanya dalam Pengumuman Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen serta platform media sosial pada Isnin.

Dalam pada itu, Muhyiddin juga turut memberi jaminan pengambilan baharu akan terus dibuat sekiranya keadaan memerlukan.

"Saya memberi jaminan, sekiranya terdapat keperluan akan datang dan bagi menggerakkan program imunisasi kelak, kerajaan bersedia menambah pengambilan baharu," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!