Kerajaan tandatangani tiga perjanjian dengan syarikat vaksin

 Kerajaan telah menandatangani tiga perjanjian dengan syarikat pengeluar vaksin Covid-19.
Kerajaan telah menandatangani tiga perjanjian dengan syarikat pengeluar vaksin Covid-19.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kerajaan telah menandatangani tiga perjanjian dengan syarikat pengeluar vaksin Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bekalan vaksin pertama dijangka akan diterima pada penghujung Februari ini.

"Sukacita saya mengumumkan bahawa perancangan program vaksinasi kita adalah on-track (di landasan tepat).

"Melalui Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 yang telah ditubuhkan, kerajaan akan memastikan ketelusan perolehan vaksin dan Program Imunisasi Kebangsaan akan diberi perhatian utama.

"Sebanyak RM3 bilion telah diperuntukkan khusus bagi perolehan ini," katanya pada Pengumuman Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen serta platform media sosial pada Isnin.

Menurutnya, penetapan mereka yang akan menerima vaksin, garis panduan dan kaedah penentuan bagi individu yang perlu mengambil vaksin ini akan dihebahkan dalam masa terdekat nanti.

Katanya, secara realistik, program vaksinasi ini dijangka berjalan secara berperingkat sehinggalah tempoh keseluruhannya selama 12 bulan.

"Ini bermakna, kumpulan pertama yang dijangka menerima vaksin adalah pada awal Mac dan dapat meliputi lebih daripada 80 peratus atau hampir 27 juta penduduk Malaysia menjelang suku pertama tahun 2022," katanya.

Artikel Berkaitan: