2 warga Bangladesh positif Covid-19 cuba naik pesawat di KLIA

Dua warga Bangladesh yang ditahan selepas didapati ujian saringannya positif dan cuba menaiki penerbangan ke Dhaka di KLIA, Sepang, pada Ahad.
Dua warga Bangladesh yang ditahan selepas didapati ujian saringannya positif dan cuba menaiki penerbangan ke Dhaka di KLIA, Sepang, pada Ahad.
A
A
A

SEPANG - Dua warga Bangladesh ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, pada Ahad selepas cuba menaiki penerbangan pulang ke negara mereka biar pun slip ujian saringan Covid-19 adalah positif.

Tindakan dua lelaki itu sekali gus merisikokan petugas yang menjaga pintu masuk di KLIA.

Difahamkan, warga Bangladesh itu akan menaiki penerbangan akhir Malindo Air untuk pulang ke Dhaka.

Bagaimanapun, ketika dua lelaki terbabit hendak mendaftar masuk penerbangan kira-kira jam 9 malam, semakan petugas di kaunter mendapati mendapati slip ujian keputusan saringan yang dibawa lelaki itu adalah positif (detected).

Menurut sumber, ia adalah prosedur untuk penerbangan antarabangsa di mana penumpang diwajibkan menyertakan keputusan ujian saringan Covid-19.

"Bagi kes ini, kedua-dua warga Bangladesh itu telah menyerahkan slip ujian yang positif hasil saringan di sebuah klinik swasta," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, anggota polis yang membuat rondaan kemudian telah berhubung dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menguruskan dua lelaki yang berusia lingkungan 20-an itu.

"Tidak beberapa lama kemudian, sepasukan petugas KKM yang lengkap memakai pakaian pelindung diri (PPE) tiba di lokasi untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Kedua-dua warga Bangladesh itu telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk tindakan lanjut," katanya.