X

Kindly register in order to view this article
!

MKN nafi PKP di Terengganu sehingga 26 Januari

Pemakluman berita palsu itu dikeluarkan Pasukan Respons Pantas pada jam 10 malam tadi.
A
A

KUALA LUMPUR- Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan kesahihan poster mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Terengganu pada hari ini sehingga 26 Jan seperti yang tular di media sosial.

Pemakluman berita palsu itu dikeluarkan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada 10 malam ini.

Sehubungan itu, MKN meminta orang ramai untuk tidak menularkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!