X

Kindly register in order to view this article
!

Harimau dahan mati tepi jalan

Bangkai harimau dahan ditemui mati di tepi jalan oleh Perhilitan Perak pada Khamis. - Foto: Ihsan pembaca
A
A

TAPAH - Seekor harimau dahan atau nama saintifiknya neofelis nebulosa ditemui mati dipercayai dilanggar sebuah kenderaan di Jalan Tapah-Bidor di sini pada Khamis.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, bangkai hidupan liar dianggarkan berusia lima atau enam tahun itu ditemui seorang kakitangan Perhilitan ketika melalui jalan tersebut.

“Bangkai harimau betina itu berada dalam keadaan baik namun mungkin mati disebabkan kecederaan dalaman akibat dilanggar kenderaan.

“Bangkai itu bagaimanapun diambil dan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan, Sungkai bagi tujuan pendidikan dan penyelidikan,” katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Menurutnya, harimau dahan merupakan spesies hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Katanya, pengguna jalan raya diminta lebih berhati-hati ketika melalui laluan berhampiran hutan kerana kemungkinan terdapat hidupan liar yang melintas jalan.

“Orang ramai yang menemui hidupan liar yang cedera atau mati diharap segera memaklumkan kepada Perhilitan supaya tindakan dapat diambil.

“Jangan pula mengambil bangkai atau sebahagian daripadanya kerana ia adalah satu kesalahan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!