Ada penduduk didakwa ambil komponen kapal lama: Polis

Antara objek yang ditemui pada kapal lama tersebut.
Antara objek yang ditemui pada kapal lama tersebut.
A
A
A

KUALA LIPIS - Polis mengesahkan terdapat sebahagian daripada komponen kapal lama yang ditemui terdampar di tepi sungai berdekatan jambatan gantung Sungai Kampung Pagar Penjom telah hilang.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, hasil temubual dengan penduduk mendakwa terdapat sekumpulan penduduk kampung telah mengambil komponen kapal lama berkenaan.

Menurutnya, pihak polis telah memaklumkan penemuan kapal terbabit kepada pihak Jabatan Warisan Negara (JWN) untuk tindakan selanjutnya.

"Kita telah menerima laporan daripada penduduk berikutan penemuan kapal lama ini di lokasi kejadian pada Khamis.

Azli (kiri) bersama Abdul Rahman ketika meninjau tempat penemuan sebuah kapal lama yang dipercayai berusia ratusan tahun terdampar selepas banjir besar di daerah itu surut.
Azli (kiri) bersama Abdul Rahman ketika meninjau tempat penemuan sebuah kapal lama yang dipercayai berusia ratusan tahun terdampar selepas banjir besar di daerah itu surut.

"Siasatan di tempat kejadian mengesahkan terdapat sebuah kapal lama yang terdampar di tebing sungai terbabit yang timbul selepas banjir besar yang melanda Lipis awal bulan ini.

"Pada badan kapal itu tertera satu objek logam yang tertulis Vivian & Sons Sheating," katanya yang turut meninjau lokasi tempat kejadian pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama Ahli Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I.

ARTIKEL BERKAITAN: Kapal bersalut tembaga timbul di Kampung Pagar Penjom

Penduduk Kampung Pagar Penjom di sini gempar dengan penemuan sebuah kapal bersalut tembaga yang didakwa berusia 200 tahun terdampar di tepi Sungai Pagar selepas banjir besar di kampung itu surut pada Rabu.

Mengulas lanjut, Azli meminta orang awam yang menemui barang warisan perlu menyerahkan atau melaporkan kepada pihak berwajib dengan segera untuk tindakan lanjut.

Beliau turut menasihati orang awam agar tidak mengambil komponen atau sebahagian daripada harta tersebut untuk dijadikan bahan simpanan atau koleksi.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 47 penemuan objek di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.