X

Kindly register in order to view this article
!

Kuasa darurat boleh selesai isu kesahan kerajaan

Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood sebagai panelis Wacana Sinar Harian Siri ke-225 bertajuk ‘Darurat: Kerajaan Pilih Jalan Selamat?’ yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Khamis.
A
A

SHAH ALAM – Kuasa darurat boleh digunakan untuk menyelesaikan isu legitimasi sama ada kerajaan mempunyai majoriti yang sah walaupun Parlimen kini telah digantung.

Menurut Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, Ordinan Darurat boleh diluluskan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memanggil Parlimen bersidang.

“Khususnya untuk selesaikan misalnya isu majoriti sama ada usul undi percaya atau tidak percaya boleh dibentangkan untuk tujuan tersebut, kenapa tidak?

“Dan kalaupun tidak bersidang, maka isu sesebuah kerajaan itu masih memiliki sokongan majoriti atau tidak boleh diselesaikan di luar Parlimen dan kita lihat banyak berlaku.

“Sebelum itu di Sarawak (pada tahun) 1966 dan kita tahu kes yang sangat besar di Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin lawan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir ialah kes paling utama mengenai isu sama ada kerajaan itu telah hilang sokongan majoriti,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai panelis Wacana Sinar Harian Siri ke-225 bertajuk ‘Darurat: Kerajaan Pilih Jalan Selamat?’ yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Khamis.

Panelis lain ialah Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Jalaluddin Alias manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Dalam pada itu, Nik Ahmad berkata, sejarah mengatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya bertindak mengikut nasihat dan simbol dalam Perlembagaan Malaysia serta kerajaan adalah satu pendekatan yang salah.

“Kita telah lihat sejarah bahawa peranan seorang raja berperlembagaan itu amat besar. Walaupun pada dasarnya baginda menjalankan kuasa atas nasihat namun Perkara 40 menyebut ada pengecualian.

“Misalnya, dalam hal ehwal mengenai pelantikan Perdana Menteri itu adalah prerogatif yang tertakluk kepada Perkara 43,” katanya.

Beliau berkata, antara kuasa baginda lain yang dijalankan secara bersendirian tanpa perlu nasihat adalah seperti memanggil, menangguhkan dan membubarkan Parlimen.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong perkenan isytihar darurat sehingga 1 Ogos

Perisytiharan darurat tidak boleh dicabar


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!