MB Kelantan beri keutamaan selesai isu air

Datuk Mohd Nassuruddin Daud
Datuk Mohd Nassuruddin Daud
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud akan memberi keutamaan dalam menyelesaikan isu air di negeri ini.

Beliau berkata, langkah itu akan dilakukan secara berperingkat.

"Semua tahu bahawa kita berdepan dengan masalah air. Bukan sahaja di Kelantan, negeri lain pun ada," katanya semasa sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco Kelantan yang pertama pada Penggal ke-15 di Kota Darulnaim di sini pada Rabu.

Dalam perkembangan lain, Mohd Nassuruddin memberitahu, pihaknya juga akan memenuhi kebajikan dan keperluan rakyat.

Beliau berkata, ia merupakan keutamaan kerajaan negeri selain mengukuhkan sektor ekonomi melalui infrastruktur terutama melibatkan pelabuhan, lapangan terbang antarabangsa, jariangan lebuh raya dan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

"Kita akan merancang kaedah terbaik bagi meningkatkan hasil sumber asli terutama mineral.

"Kemudian kita juga akan manfaatkan kepakaran anak muda Kelantan," katanya.

Tambah beliau, pihaknya juga akan meningkatkan hubungan strategik Kelantan dengan negara luar dalam bidang pendidikan dan ekonomi.

Artikel Berkaitan: