Perisytiharan darurat tidak boleh dicabar

Zainul Rijal
Zainul Rijal
A
A
A

SHAH ALAM - Perisytiharan darurat yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak boleh dicabar mengikut perkara 150 (8) Perlembagaan Perseketuan.

Menurut Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, perisytiharan darurat secara umumnya undang-undang biasa boleh tergantung dan kuasa eksekutif terpahat kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Yang di- Pertuan Agong boleh membuat ordinan yang pada hemat baginda perlu dibuat dan dimasyhurkan (Perkara 150(2B). Ordinan tersebut menjadi undang-undang yang baik (good law) walaupun terdapat ketidakpatuhan prosedur (Perkara 150(2C)).

“Kuasa eksekutif bagi Persekutuan pula dilanjutkan kepada kuasa-kuasa yang dimiliki negeri (Perkara 150(4)) dimana tiada undang-undang boleh diisytiharkan tidak sah kerana bercanggah dengan Perlembagaan (Perkara 150(6)),” katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya pada Selasa.

Terdahulu, Istana Negara dalam satu kenyataan dua muka surat memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dilaksanakan sebagai langkah proaktif membendung gejala wabak Covid-19.

Paduka Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini sehingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Tambah Zainul, bagaimanapun lanjutan kuasa ini tidak boleh terpakai berkaitan dengan undang-undang Islam dan adat Melayu (Perkara 150(6A)).

Ujarnya, Perlembagaan Persekutuan tergantung dan kuasa eksekutif berpusat kepada Persekutuan.

Artikel Berkaitan:

"Tentera juga boleh memainkan peranan bagi mengekalkan keamanan dalam negara," katanya.