Mayat warga asing ditemukan dalam longkang

Lelaki warga asing yang dikenal pasti ditemukan dalam longkang di Kawasan Perindustrian Tampoi, Kilang TWP, Jalan Tampoi Lama, Johor Bahru pada Selasa.
Lelaki warga asing yang dikenal pasti ditemukan dalam longkang di Kawasan Perindustrian Tampoi, Kilang TWP, Jalan Tampoi Lama, Johor Bahru pada Selasa.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Mayat lelaki yang ditemukan dalam sebuah longkang di Jalan Tampoi Lama di sini pada Selasa merupakan warga asing.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Fadzli Mohd Zain berkata, siasatan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan mendapati lelaki itu merupakan mangsa langgar lari.

"Pihak Bahagian Siasatan dan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Johor Bahru Selatan menerima maklumat dari Balai Polis Larkin mengenai penemuan mayat oleh orang awam dalam longkang di Jalan Tampoi Lama.

"Siasatan mendapati mangsa dilanggar lari sebuah kenderaan jenis dan nombor pendaftaran yang tidak pasti. Kemalangan dipercayai berlaku pada jam 9 pagi semalam (Selasa).

"Mangsa dilanggar ketika sebuah kenderaan tidak diketahui ketika berjalan kaki dan tercampak dalam longkang. Mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Dalam kejadian tersebut, orang awam menghubungi pihak bomba sebelum mengeluarkan mayat mangsa dalam longkang tersebut pada kedalaman 1.8 meter di Kawasan Perindustrian Tampoi, Kilang TWP, Jalan Tampoi Lama.

Mohd Fadzli berkata, IPD Johor Bahru Selatan memohon kerjasama semua pihak bagi mengesan mana-mana saksi yang berada di tempat kejadian.

Katanya, mana-mana saksi boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Johor Bahru Selatan, Inspektor Kelly Lee Ya Yek menerusi talian 07-2237977 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Artikel Berkaitan: