Mangsa banjir di Johor meningkat

Keadaan banjir di Batu 25 Kota Tinggi pada Ahad.
Keadaan banjir di Batu 25 Kota Tinggi pada Ahad.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Keadaan banjir di Johor bertambah buruk apabila seramai 1,604 orang daripada 474 keluarga ditempatkan di 28 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 malam pada Ahad.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, jumlah itu terus menunjukkan peningkatan berbanding 1,251 orang daripada 382 keluarga ditempatkan di 27 PPS setakat jam 4 petang.

"Sebanyak 28 PPS dibuka di empat daerah iaitu Mersing, Kota Tinggi, Segamat dan Johor Bahru. Kota Tinggi merekodkan mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 1,084 orang daripada 288 keluarga di 15 PPS.

"Seramai 375 orang daripada 146 keluarga di sembilan PPS di Johor Bahru, daerah Mersing (51 orang daripada 14 keluarga ditempatkan di sebuah PPS), manakala Segamat seramai 94 orang daripada 26 keluarga di tiga PPS," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Vidyananthan berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca bahaya iaitu hujan sangat lebat dijangka berterusan di beberapa daerah di negeri ini sehingga esok.

"Amaran cuaca bahaya itu melibatkan daerah Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai Kota Tinggi dan Johor Bahru," katanya.

Artikel Berkaitan: