Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri

 Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri serta Wilayah Persekutuan Labuan hingga 4 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat di Terengganu ialah Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, manakala di Pahang melibatkan Pulau Tioman serta Johor di Mersing dan Kota Tinggi.

Amaran sama turut membabitkan Sarawak di Miri (Marudi, Bario dan Telang Usan) serta Limbang.

Di Sabah kawasan dijangka mengalami cuaca sama ialah Sandakan (Kinabatangan, Labuk dan Sugut, Sandakan, Paitan dan Telupid), Kudat, Pantai Barat, Pedalaman (Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Tambunan dan Sipitang). - Bernama

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!