X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 29 Mei 2022

Ingkar PKP: 203 orang ditahan di pusat hiburan

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

KUALA LUMPUR - Berhibur di pusat hiburan menjadi kesalahan tertinggi ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang direkodkan pada Sabtu, apabila seramai 203 orang ditahan atas kesalahan itu, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, secara keseluruhan, 528 individu ditahan pada Sabtu manakala tiga direman dengan kesalahan lain termasuk tidak memakai pelitup muka (149), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (101), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (73) dan lain-lain (2).

Dalam kenyataan mengenai PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Ahad, beliau berkata, pihak berkuasa turut menahan 38 pendatang asing tanpa izin serta merampas tiga kenderaan darat dalam Op Benteng pada Sabtu.

Sementara itu, sejak 24 Julai 2020 hingga 9 Januari 2021, seramai 101,163 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dengan 7,892 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 540 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!