Mangsa banjir di Terengganu kekal 11,804 orang

Keadaan banjir di kawasan perumahan di Bandar Chukai, Kemaman.
Keadaan banjir di kawasan perumahan di Bandar Chukai, Kemaman.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu kekal 11,804 orang sebagaimana tengah malam Jumaat, susulan tiada pemindahan berlaku awal pagi ini.

Sehingga jam lapan pagi Sabtu, 3,009 keluarga masih ditempatkan di 53 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, Kemaman kekal daerah yang paling teruk terjejas, dengan jumlah mangsa seramai 9,424 orang.

Menurutnya, ia melibatkan 2,340 keluarga dan kesemua mangsa kini ditempatkan di 27 PPS.

"Di Dungun, jumlah mangsa seramai 2,292 orang melibatkan 24 keluarga dan kesemua mereka ditempatkan di 24 PPS.

"Di Hulu Terengganu, dua PPS masih dibuka yang menempatkan 88 mangsa daripada 21 keluarga," katanya.

Jelas Che Adam, ketika ini cuaca mendung dan kadangkala hujan di beberapa tempat, manakala paras sungai menunjukkan trend menurun di sebelah hulu.

Hanya dua sungai yang masih melepasi paras bahaya, iaitu Sungai Dungun di Jambatan Dungun yang merekodkan bacaan 13.07 meter dan Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman, yang merekodkan bacaan 5.79 meter.

Artikel Berkaitan: