X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

Covid-19 catat 16 kematian, tertinggi dalam tempoh 24 jam

DR NOOR HISHAM
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Malaysia merekodkan kes harian Covid-19 baharu sebanyak 2,643 kes dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 131,108 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 16 kematian dicatatkan, iaitu jumlah kematian tertinggi pernah dilaporkan sejak penularan jangkitan tersebut dalam negara. Ia sekaligus menjadikan jumlah kematian dilaporkan sehingga kini sebanyak 537 kes.

"Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 25,140," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, daripada jumlah kes baharu itu, dua merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 2,641 pula adalah penularan dalam negara.

"Bagi kes penularan di dalam negara, 1,666 kes adalah rakyat tempatan dan 975 kes melibatkan warga asing," katanya.

Beliau berkata, Selangor masih menjadi negeri tertinggi melaporkan kes positif Covid-19 dengan 1,086 kes.

"Daripada jumlah ini, sebanyak 904 kes adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, Sabah merekodkan 401 kes diikuti Johor dengan 298 kes.

"Kuala Lumpur mencatatkan 282 kes, Kedah (107), Negeri Sembilan (88), Perak (80), Pulau Pinang (75), Melaka (70) dan Kelantan (49).

"Pahang melaporkan 28 kes, Terengganu (34) kes, Putrajaya (20), Sarawak (16), Labuan (enam) dan Perlis (tiga)," katanya.

Menurutnya, sebanyak 79 kes dilaporkan berkaitan dengan kluster di lokap, depot tahanan imigresen dan penjara.

"Ia membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan 73 kes, Kluster Pagar Siput (tiga kes), Kluster Tembok Choh (dua kes), dan Kluster Tembok Gajah (satu kes)," katanya.

Sementara itu Dr Noor Hisham berkata, bilangan kes sembuh Covid-19 adalah 2,708 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya sebanyak 105,431 kes iaitu bersamaan 80.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!