X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 29 November 2021

PRU tidak jamin pembentukan kerajaan stabil

Salahuddin
A
A

SHAH ALAM - Tindakan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat tidak menjamin kepada penubuhan sebuah kerajaan yang kukuh.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Salahuddin Ayub berkata, pembubaran Parlimen bukanlah langkah terbaik yang boleh diambil untuk kesejahteraan rakyat.

“Berdasarkan apa yang kita lihat sekarang, saya tidak yakin akan ada satu parti atau gabungan yang boleh dapat majoriti selesa sekiranya pilihan raya diadakan.

“Ini bukan zaman Barisan Nasional (BN) sebelum tahun 2008, di mana mereka boleh menang dengan majoriti yang besar iaitu dua pertiga majoriti.

“Jadi lebih baik habiskan sahaja penggal dalam masa dua atau tiga tahun ini. Maknanya tumpu kepada rakyat kerana kita tidak ada masalah daripada segi peruntukan untuk Belanjawan 2021 dapat diluluskan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Beliau mengulas cadangan beberapa pemimpin UMNO yang mendesak agar PRU15 diadakan secepat mungkin.

Ahli Parlimen Pulai itu berpendapat, kesemua pemimpin politik perlu menumpukan usaha kepada agenda memulihkan ekonomi serta memerangi Covid-19.

“Di saat rakyat dalam keadaan susah, hilang pekerjaan, ekonomi yang tidak menentu dengan usahawan kecil dan sederhana gulung tikar, apa perlu pilihan raya?” soalnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!