Banjir makin buruk di Johor, 5,818 mangsa dipindahkan

Anggota Angkatan Pertahanan Awam memindahkan penduduk di Kampung Ulu Pulai, Pontian ke pusat pemindahan sementara malam tadi.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam memindahkan penduduk di Kampung Ulu Pulai, Pontian ke pusat pemindahan sementara malam tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Johor terus bertambah melibatkan 5,818 orang daripada 1,540 keluarga setakat jam 8 pagi pada Ahad.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding 1,780 mangsa banjir pada jam 8 malam pada Sabtu.

"Sebanyak 56 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) beroperasi di tujuh daerah yang terlibat banjir iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi, Kluang,

Kulai,Batu Pahat, Mersing dan Pontian," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam memindahkan penduduk di Kampung Ulu Pulai, Pontian ke pusat pemindahan sementara malam tadi.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam memindahkan penduduk di Kampung Ulu Pulai, Pontian ke pusat pemindahan sementara malam tadi.

Menurutnya, Johor Bahru merupakan daerah yang terjejas teruk melibatkan 2,453 mangsa daripada 593 keluarga dipindahkan ke 13 PPS.

Tambahnya, Kluang pula merekodkan 1,826 mangsa banjir daripada 545 keluarga diikuti Kota Tinggi dengan 868 mangsa daripada 221 keluarga.

"Laluan FT003 melibatkan Jalan Johor Bahru – Kota Mersing, masih ditutup kepada semua kenderaan. Kedalaman banjir direkodkan pada paras 0.2 meter," katanya lagi.

Artikel Berkaitan: