Warga emas maut nahas di simpang jalan

Mangsa maut selepas motosikal ditunggangi dilanggar sebuah Toyota Unser di Jalan Parit 6 Timur, Sungai Besar di sini Khamis.
Mangsa maut selepas motosikal ditunggangi dilanggar sebuah Toyota Unser di Jalan Parit 6 Timur, Sungai Besar di sini Khamis.
A
A
A

SABAK BERNAM - Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Unser di simpang Jalan Parit 6 Timur, Sungai Besar di sini pada Khamis.

Dalam kejadian jam 10.20 pagi itu, mangsa yang berusia 70 tahun dan beralamat di Parit 8 Timur Jalan Baru, Sungai Panjang, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dalam perjalanan dari Parit 8 menghala ke Sungai Besar, manakala pemandu Toyota Unser dari Jalan Sungai Panjang menghala ke Sungai Besar.

"Sewaktu pemandu Toyota Unser berada di jalan utama tempat kejadian, tiba-tiba motosikal ditunggang mangsa keluar dari simpang sebelah kanan jalan.

"Pemandu Toyota Unser terbabit tidak sempat untuk mengelak lalu melanggar mangsa pada bahagian hadapan sebelah kiri motosikal terbabit," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Khamis.

Beliau berkata, akibat kejadian itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat.

"Kea disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: