Warga emas maut motosikal masuk longkang

Anggota polis mengeluarkan seorang warga emas selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan masuk longkang di Kilometer 12.2 Jalan Batu Ampat-Lukut Cina, Kota Tinggi pada Rabu.
Anggota polis mengeluarkan seorang warga emas selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan masuk longkang di Kilometer 12.2 Jalan Batu Ampat-Lukut Cina, Kota Tinggi pada Rabu.
A
A
A

KOTA TINGGI - Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan masuk longkang di Kilometer 12.2 Jalan Batu Ampat-Lukut Cina dekat sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, kemalangan pada jam 10.15 pagi itu melibatkan mangsa seorang diri yang menunggang motosikal Honda Vario.

"Kemalangan dipercayai berlaku ketika motosikal mangsa datang dari arah Taman Aman ke bandar telah hilang kawalan semasa keluar dari simpang dan merempuh longkang.

"Akibat kemalangan tersebut mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Hussin menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dan mematuhi undang-undang serta peraturan ditetapkan bagi menjaga keselamatan semasa di jalan raya.